Monday, April 27, 2009

MUSLIMAH IDAMAN IALAH...


Bismillahirrahmanirrahim...

muslimah idaman ialah,
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah,
yang sentiasa haus dengan ilmu,
yang sentiasa dahaga akan pahala,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah,

muslimah idaman ialah,
yang menjaga tutur katanya,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga,
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

muslimah idaman ialah,
yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya,
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
bangunnya subuh penuh kecergasan,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

muslimah idaman ialah,
yang sentiasa mengingati mati,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
kerana dia mengimpikan syurga,
di situlah rumah idamannya

Tuesday, April 21, 2009

HAWA


Bismillahirrahmanirrahim...

Khas untuk yg bergelar Hawa...

Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya ,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya ,kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya ,dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.


Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu,kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu , cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu , biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.


Hawa,

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.


Hawa ,

Ingatanku yang terakhir , biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam , kerana aku sukar menerimanya .dan aku benci mendengarnya...

Wednesday, April 15, 2009

BUSANA MUSLIMAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Seperti yang telah dirancangkan, pada 12 April 2009 yang lalu Biro Agama dan Kerohanian JPP telah berjaya menganjurkan program Busana Muslimah bertempat di Balai Islam Al-Hidayah, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ipoh. Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mat Idris Bin Zainal Abidin, pensyarah JAPIM. Pn. Wahidah Bt. Zakaria dari unit HEP dan Pn. Juariyah Bt. Tarmuji dari unit JAPIM telah dipilih sebagai hakim bagi pertandingan tersebut.

Program Busana Muslimah telah berjaya mencapai objektif iaitu:

1. Membantu para guru pelatih muslimat untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam dan terperinci tentang cara berhias dan berpakaian mengikut syarak.
2. Memberi peluang kepada guru pelatih muslimat untuk berhias dan berpakaian bersesuaian dengan profesion perguruan tetapi pada masa yang sama tidak melanggar syarak.
3. Membuka minda para guru pelatih muslimat tentang perkembangan fesyen muslimah masa kini di samping menambah ilmu serta pengalaman berharga.
4. Sebagai satu cara terbaik untuk merapatkan hubungan dan ukhwah antara pelatih muslimat yang berlainan opsyen dan umur.

Di samping itu, program ini turut mendapat sokongan penuh daripada pelatih. Setiap kelas telah menghantar seorang wakil untuk menyertai pertandingan ini. Antara syarat penyertaan yang dititik beratkan dalam pertandingan ini ialah setiap peserta wajib menutup aurat mereka dari kepala hingga ke kaki kecuali muka dan tapak tangan. Justeru, peserta diwajibkan memakai anak tudung, sarung kaki dan handsock (stoking tangan). Di samping itu, para pelatih juga tidak ketinggalan untuk memberikan respons masing-masing. Kebanyakan mereka mencadangkan agar Busana Muslimah dapat dijadikan sebagai acara tahunan.


Persiapan sebelum program


Majlis diberkati lagi dengan bacaan Al-Quran beserta tafsir


Antara pensyarah yang hadir



Thursday, April 9, 2009

BUSANA MUSLIMAH

Bismillahirrahmanirrahim....



Arus perdana hari ini menyaksikan pelbagai fesyen untuk wanita bermula dari aksesori hinggalah pakaian yang direka untuk memenuhi tuntutan semasa dan kemasukan fesyen-fesyen pakaian dari barat sedikit sebanyak memberi pengaruh yang kurang baik kepada para muslimat. Islam tidak pernah menghalang wanita untuk berhias, sesuai dengan tuntutan sifat kewanitaan dan kecenderungan fitrah wanita sendiri yang suka berhias tetapi dengan syarat tidak bleh berhias secara berlebih-lebihan (tabaruj) sehingga dapat menarik perhatian kaum Adam sehingga membangkitkan syahwat. Allah S.W.T telah beriman:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan, kecuali yang (biasa) Nampak daripadanya. Dan hendaklah menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyi. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31)

Sehubungan dengan itu, HELWI bertanggungjawab untuk meningkatkan kefahaman di kalangan pelatih Muslim tentang cara berhias dengan betul dan mengikut syarak melalui program BUSANA MUSLIMAH. Di samping itu, program ini juga dapat membuka peluang kepada para pelatih muslimat di IPIP untuk berhias dan berpakaian bersesuaian dengan profesion keguruan tetapi pada masa yang sama tidak melanggar syarak. Pertandingan ini mempunyai tema iaitu ‘Anggun Muslimah’ yang menjurus kepada etika pemakaian seorang guru yang berlandaskan Islam.


Tarikh : 12 April 2009 (Ahad)

Tempat : Balai Islam Nurul Hidayah, IPGM kampus Ipoh

Tema: Anggun Muslimah



Syarat penyertaan pertandingan BUSANA MUSLIMAH peringkat institut adalah seperti :

1. Pertandingan terbuka kepada semua guru pelatih muslimat unit OUM, TESL, Unit E, Unit F, Unit G dan Unit H.

2. Pertandingan dijalankan dalam bentuk kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada pelatih muslimat mengikut setiap kelas. (wajib setiap kelas menghantar seorang wakil sahaja)

3. Seorang daripada kumpulan tersebut akan menjadi peserta dan ahli kumpulan yang lain akan menghias peserta tersebut.

4. Markah lebih akan diberikan kepada kumpulan yang mempunyai kerjasama yang mantap.

5. Para peserta haruslah berada 30 minit lebih awal di Balai Islam Nur Hidayah daripada masa yang ditetapkan untuk memulakan pertandingan.

6. Setiap kumpulan hendaklah membayar RM5 bagi tujuan pengurusan.

7. Penyertaan hendaklah diserahkan selewat-lewatnya 10 April 2009.

Monday, April 6, 2009

SYAITAN GEMUK VS SYAITAN KURUS

Bismillahirrahmanirrahim...

sedikit peringatan...

Syaitan gemuk apabila manusia lupa sebut Allah

ABU Hurairah meriwayatkan, ada pelbagai jenis syaitan ditugaskan untuk
menggoda manusia, termasuk yang kurus dan gemuk.

Pada suatu hari, bertemulah syaitan khusus untuk orang mukmin dan
syaitan
orang kafir. Keadaan syaitan orang kafir ketika itu berminyak, gemuk
dan
berpakaian, manakala syaitan orang mukmin kelihatan kurus, kotor dan
telanjang.

Lantas syaitan si kafir bertanya yang bermaksud: "Hai syaitan orang
mukmin, mengapa kamu kurus?"

Jawab syaitan si mukmin: "Aku bersama manusia sedang makan yang sering
menyebut nama Allah hingga aku selalu kelaparan. Kalau minum, dia juga
menyebut nama Allah hingga aku kehausan".

"Ketika berpakaian, dia sering menyebut nama Allah hingga aku tetap
telanjang, manakala ketika bersolek, dia selalu menyebut nama Allah
hingga
aku terus kusut masai dan tidak terurus."

Syaitan gemuk yang berada di sisi orang kafir pula menjawab: "Aku
tidak
begitu. "Aku hidup bersama orang yang tidak pernah menyebut nama Allah
dalam semua perbuatannya".

"Itulah sebabnya aku dapat menyertai orang itu ketika makan, minum dan
berpakaian."

Dalam hal ini, jelas menunjukkan, orang mukmin yang bertakwa akan
terhindar daripada hawa nafsu dan sifat tercela yang digemari syaitan.

Syaitan datang kepada seseorang, bukan saja disebabkan kerana kehendak
syahwat, tetapi juga kerana terlupa berzikir dan mengingati Allah.
Jika
hati kembali mengingati Allah dan menyebut-Nya, syaitan itu akan
segera
meninggalkan kita.

Template by:
Free Blog Templates