Thursday, January 6, 2011

Petikan dari buku Quran Saintifik (Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains),pengarangnya ialah Dr.Danial Zainal Abidin



Bab 100,Aurat Wanita dan Kesihatan

Menutup aurat ada kelebihannya. Karima Burns (MH, ND) di dalam artikel The Science Behind the Veil di IslamOnline.net mengatakan, “Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutamanya di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain . Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan di musim panas. V.G Rocine,seorang pakar otak, mengatakan fosforus otak menjadi cair pada suhu 108 darjah Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah panas terik tanpa tutupan kepala. Apabila fosforus cair fungsi otak akan menurun dan hal ini menyebabkan otak mengalami beberapa kesan negative.” Hal ini dinyatakan di www.islamonline.net/english/Science.

Dalam artikel Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online, dinyatakan, “Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Fahrenheit ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini menjejaskan kesihatan otak. Justeru kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas.”

0 comments:


Template by:
Free Blog Templates