Friday, January 7, 2011

Petikan dari buku Quran Saintifik (Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains),pengarangnya ialah Dr.Danial Zainal Abidin

Bab 64,m/s 184,Daripada Mata Datanglah Buta

Baru-baru ini pakar-pakar psikologi dari Amerika mendapati mereka yang suka melihat gambar-gambar lucah ataupun yang berunsurkan seks boleh menjadi buta. Penemuan ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh David Zald dari Universiti Vanderbilt di Nashville, Tennessee dan Marvin Chun serta rakan-rakannya dari Universiti Yale di Connecticut. Hal ini mungkin disebabkan proses sekatan maklumat yang berlaku dalam otak kesan daripada pengaruh emosi yang berpunca daripada imej erotic atau lucah yang dilihat. Keadaan buta ini berlaku hanya seketika,iaitu beberapa saat,namun ia dapat menyebabkan kemalangan jalan raya sekiranya ia berlaku ke atas pemandu yang terkesan dengan papan-papan iklan yang mengandungi gambar-gambar lucah di tepi jalan . Perkara ini dilaporkan di NewScientist.com News Service bertarikh 12 ogos 2005, di bawah tajuk Erotic Images Can Turn You Blind.

Dalam Islam seluruh pancaindera termasuk mata adalah amanah justeru ia tidak dapat digunakan bagi melihat benda-benda yang haram. Dalam surah an-Nur ayat 30 hingga 31, Allah menyatakan, “Katakanlah kepada lelaki mukmin yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) serta memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka dan sesungguhnya Allah Maha mendalam pengetahuannya berkenaan apa yang mereka kerjakan. Dan katakana kepada wanita-wanita yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) serta memelihara kehormatan mereka . Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecauli yang zahir daripadanya sahaja dan mereka perlu menutup belahan baju mereka di kawasan leher dengan tudung kepala mereka.”

Sekiranya seseorang lelaki, sebaga contoh, melihat seorang wanita dari jauh dengan pandangan syahwat, dia dihukum berdosa walaupun pada masa itu duduk berjauhan daripadanya. Berhubung dengan ini, sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Jarir bin Abdullah berkata, “ Saya pernah bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. berkenaan melihat wanita yang tidak disengajakan, maka Nabi Muhammad S.A.W. berkata, ‘Palingkan pandanganmu’.” Hadis ini direkodkan oleh Muslim.

Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah berkata kepada Ali, “Wahai Ali, jangan engkau susuli satu pandangan (kepada wanita) dengan satu pandangan yang lain kerana yang pertama itu tidak menjadi kesalahan (kerana ia tidak disengajakan),tetapi tidak yang kedua.” Hadis ini direkodkan oleh Abu Daud.

0 comments:


Template by:
Free Blog Templates