Wednesday, February 18, 2009

SUSAH KE JADIK WANITA ISLAM???

Bismillahirrahmanirrahim...



Btol ke org ckp susah bebenor jadik wanita Islam? X leh wt yg tu lah, yg ni ah…Mcm2 peraturan…antaranya ialah:

1.Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2.Wanita perlu meminta izin suami jika nak kluar rumah tetapi lelaki tak perlu melakukan begitu.

3.Wanita menerima wasiat kurang dari lelaki.

4.Wanita perlu menanggung kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

5.Wanita wajib taat pd suami tetapi lelaki tak diwajibkan (psss: x bemakna bleh curang sesuka ati ye) taat pd isteri.


Wahai kaum hawa, pernahkah kita lihat sebaliknya??

1.Benda yg mahal harganya akan dijaga, dipelihara serta disimpan ditempat yg terbaik..sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan bersepah..Itulah bandingannya dgn seorang wanita..

2. Wanita perlu patuh pada suaminya sahaja...nescaya dia akan dijanjikan syurga... sedangkan si suami wajib patuh kepada bunya 3 kali lebih utama dr bapanya..Bknkah ibunya juga seorang wanita???

3. Wanita menerima wasiat kurang dr lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya...sedangkan si lelaki perlu menggunakannya untuk isteri dan anak2nya.


4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak...tetapi setiap saat ketika mengandung dia akan didoakan oleh segala makhluk dan malaikat...serta seluruh kejadian Allah...dan sekiranya dia meninggal sewaktu melahirkan anak...maka matinya dalam keadaan syahid.


5. Di akhirat kelak,seorang lelaki dipertanggung jawabkan terhadap 4 wanita; ibunya,isterinya,anak perempuannya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita pula tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki;suaminya,ayahnya,abangnya,dan anak lelakinya...Seorang lelaki perlu bjihad fisabilillah,tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya akan menerima pahala seperti org yg pergi berperang tanpa perlu mengangkat senjata..


Kalau nak dihitung, banyak lagi peraturan2 yg dikenakan ke atas kaum wanita… namun begitu setiap peraturan yg tlah ditetapkan oleh Allah terselit hikmah di sebaliknya…Cuma kita yg belum menyedarinya kerana terlalu berprasangka buruk terhadap Allah Yang Maha Adil…

Allah S.W.T sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita…Segala suruhan dan larangan yang Allah S.W.T kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan diri dan masyarakat serta tidak sekali-kali bertujuan untuk menyusahkan kita. Begitu Maha Pemurah Allah S.W.T kepada wanita. Maha Pengasih Allah S.W.T kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini. Tiada apa yang perlu dikeluh kesahkan kerana menjadi seorang wanita Islam…kerana apa yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita sudah terlalu banyak nikmatnya.

Wallahua’lam…

Saturday, February 14, 2009

VALENTINE- ADA APA DENGANNYA???

Bismillahirrahmanirrahim...

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai di kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda mudi, sekitar akhir tahun 1980-an seiringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut. Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV (termasuk di Malaysia) yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”.

Di samping itu, perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantic, yang mana setiap pasangan tersebut memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan “I wish u will be my valentine” atau seumpama dengannya kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pula pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Pesta perayaan Hari Kekasih ini dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral dan amat memalukan terutama sekali di kalangan masyarakat Muslim. Antaranya ialah berpasang-pasangan serta bergaul bebas sehinggakan ada segelintir daripada mereka yang mengakhiri pesta tersebut dengan seks bebas bersama pasangan masing-masing.

Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri, asal usul perayaan ini dan ada apa dengannya???Justeru, lujnah HELWI bersepakat untuk menganjurkan satu kuliah berkenaan dengan Valentine’s Day.

Tentatif Program:

Hari: Jumaat (13 February 2009)

Masa: 12.30 tengah hari

Tempat: Surau Al-Hidayah IPIP

Penceramah: Saudari Noor Rafhatina Bt. Mohd. Shuhaimi

Tajuk: Valentine – Ada Apa Dengannya

*Sebarang kemusykilan boleh diajukan kepada penceramah. Selain itu, semua Muslimat juga diminta membawa telekung untuk solat Zohor secara berjemaah.

UNTUK YANG BERGELAR NISSA'

Bismillahirrahmanirrahim...





AMARAN BUATMU NISSA',

Tidakkah kamu takut ancaman insan mulia,

Bahawa golongan kamu banyak adalah penghuni neraka,

Sembilan nafsumu sentiasa bersama,

Dan satu akalmu yang menyelamatkan jiwa...


NISSA,

Tutuplah auratmu sepanjang masa,

Tiada indahnya pandangan di mata,

Kecuali pada nafsu yang membara,

Pakaian mu hendaklah sempurna,

Tidak nipis dan mencolok mata,

Bebas najis suci sentiasa,

Azab kubur neraka selamat selamanya,

Hasanah akhirnya kau kecapi jua...

ISTIMEWANYA WANITA

Bismillahirrahmanirrahim...


Penghormatan terhadap wanita jelas terbentang dalam ajaran Islam, sehingga di dalam Al-Quran terdapat surah yang membincangkan persoalan wanita iaitu Surah An-Nisa' yang bermaksud Surah Wanita. Ini menunjukkan persoalan wanita tidak diabaikan oleh Allah. Selain itu, terdapat juga hadith-hadith yang memperkatakan tentang kelebihan dan keistimewaan wanita. Antaranya ialah,


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Demikianlah besarnya anugerah Allah S.W.T kepada para wanita yang taat akan perintah Allah, ajaran Rasulnya dan kepada suaminya.


Oleh itu, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan memperbaiki sifat buruk dalam diri yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka.


Wallahua'lam....


*Sumber rujukan daripada DIARI ISLAMIAH 1430-1431.

SAMBUTAN HARI 'ASYURA DAN MAAL HIJRAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada 8 Januari yang lalu, satu sambutan hari asyura telah diadakan bertempat di surau Al-Hidayah, IPIP. Pada hari tersebut, semua pelatih Muslim telah digalakkan untuk berpuasa sunat memandangkan kelebihan berpuasa pada hari tersebut amatlah besar sehingga diriwayatkan dalam beberapa hadith. Antaranya, “Daripada Abi Qatadah r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari ‘Asyura (yakni hari kesepuluh bulan Muharram) maka sabda Baginda S.A.W yang bermaksud, “Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” Seperti biasa, setiap lujnah dalam biro kerohanian telah diberikan tugas masing2. Lujnah HELWI telah ditugaskan untuk membuat persediaan tempat dan menyediakan laporan serta pendokumentasian.

Pada petang Khamis itu, ahli lujah makanan serta beberapa pelatih muslim telah membantu Ustazah Juwairiyah menyediakan bubur asyura dan bihun goreng. Mereka juga turut membantu Pak Cik Idris menyediakan hidangan Nasi Beriyani.

Gotong-royong menyediakan bubur 'asyura dan juadah berbuka


Bubur 'asyura yang siap dimasak dan sedia untuk dipotong

Seusai berbuka puasa dan solat maghrib, ceramah bersempena Maal Hijrah pun dimulakan. Ceramah pada malam itu diberi tajuk Hijrah Menjana Kekuatan Ummah. Majlis telah mengundang khas penceramah dari Jabatan Agama Islam Perak. Beliau ialah Al-Fadhil Haji Mohd. Azam Bin Hamzah selaku Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Perak. Banyak input yang telah diperoleh melalui ceramah yang disampaikan oleh beliau. Antaranya ialah hikmah penghijrahan Rasulullah dan pasa sahabat dari kota Mekah ke kota Madinah, kepentingan Al-Quran dan sebagainya.

Sesi ceramah

Ceramah daripada Al-Fadhil Haji Mohd Azam diakhiri dengan pelancaran tabung amal palestin yang telah dirasmikan oleh Naib Timbalan Pengarah IPIP. Kemudian, semua pelatih Muslim, para pensyarah dan tetamu yang hadir dijemput menunaikan solat Isya’ sebelum menjamah hidangan Nasi Beriyani yang disediakan. Majlis bersurai pada pukul 10 malam.

Wednesday, January 7, 2009

LAYAKKAH AKU MENJADI SEPERTI MEREKA...???

Gadis mulia semulia diri Mariam,
Wanita faqihah sebijak minda Aisyah,
Perempuan tabah sekuat hati Asiah,
Srikandi kebanggaan sehebat jiwa Sumayyah,
Hiasan indah seanggun akhlak Rabiatul Adawiyyah,
Isteri solehah setulus kasih Khadijah,

Ijtima' Muslimat Edisi Pertama 2009/1430 Hijrah

SIRAH: TOKOH WANITA ISLAM

Kepada semua pelatih muslimat, anda dijemput menghadiri satu sesi bicara ilmiah yang akan disampaikan oleh pensyarah dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Hari: Jumaat
Tempat: Surau Al-Hidayah
Masa: 12.30 tengah hari
Tarikh: 09 Januari 2009

Sebarang kemusykilan boleh diajukan pertanyaan kepada pensyarah.

SALAM TAARUF DARI MEJA HELWI

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum buat semua sahabat-sahabat di IPGM Kampus Ipoh khususnya dan juga buat sahabat blogger yang lain. Semester baru telah bermula dan Lujnah HELWI atau Hal Ehwal Wanita Islam IPIP akan mengorak langkah dengan pelbagai pembaharuan di bawah tampuk pimpinan baru. InsyaAllah semoga dengan adanya organisasi baru ini akan menguatkan lagi sayap kiri perjuangan muslimin di IPIP.

Template by:
Free Blog Templates