Wednesday, February 1, 2012

Kasih Sayang

    


إن لي عشرةٌ من الولد ما قبّلت واحداً منهم

، فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- : إنه من لا يَرحم، لا يُرحم

     Seorang sahabat berkata dia melihat Rasulullah mencium cucunya Al-Hasan, maka dia berkata "aku ada 10 orang anak & tidak pernah aku cium walau seorang darinya" Nabi jawab "Sesiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi" ( Riwayat Bukhari Muslim). 

      Peluk dan cium anakmu sebagai lambang kasihmu, kasih ibu & bapa membawa ke Syurga.
      Jangan berpada dengan sekadar cium tangan, peluklah mereka.
     
        

LA TAHZAN YA QALBI


Jangan Bersedih
Cinta Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
Jangan Bersedih
Redha Dengan Anugerah Allah Membuat
Anda Terkaya di Dunia
Jangan Bersedih
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima
Taubat serta Rahmatnya Maha Luas
Jangan Bersedih
Semata-mata Kerana Anda Berbeza dengan orang lain
Jangan Bersedih
Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan @ Dizalimi
Jangan Bersedih
Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan
Jangan Bersedih
Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira
Jangan Bersedih
Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah
Jangan Bersedih
Allah Tidak kan Mensiakan Pengorbananmu
Jangan Bersedih
Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi


sahabat2 kesayangan,

Allah memujuk dan menjawab setiap persoalan kita dengan ayat2 Kalamullah yang indah...
 Kita bertanya : Kenapa aku diuji?

 Al-Quran menjawab :


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja berkata, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji,"? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3

 Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

 Al-Quran menjawab : 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"
Surah Al-Baqarah, ayat 216


 Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?

 Al-Quran menjawab :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah, ayat 286


 Kita bertanya : Kenapa rasa kecewa?

 Al-Quran menjawab :
"Janganlah kamu bersifat lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Al-Imran, ayat 139


 Kita bertanya : Apa yang harus aku lakukan?

 Al-Quran menjawab :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebaikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Ali-Imran, ayat 200

 Kita bertanya : Bagaimanakah harus aku menghadapinya?

 Al-Quran menjawab :


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
Surah Al-Baqarah, ayat 45

 Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?

 Al-Quran menjawab :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
Surah At-Taubah, ayat 129

 Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat bertahan?

 Al-Quran menjawab :


"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf, ayat 12

 Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ini?

 Al-Quran menjawab :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka.."
Surah At-Taubah, ayat 111


~Esok Akan Merekah Bunga Yang HArum Baunya Mengusir Segala Kesedihan Dan Menjadi Penghibur Hati..~
*Mari berCinta dengan Allah (^_^)

Sekeping Hati Muslimah

       seorang muslimah yang tak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong ,

seorang muslimah yang tiada teman lelaki , janganlah kau kata dia tak laku ,

seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat , janganlah kau kata dia kolot ,

seorang muslimah yang tak pandang kau tika bersemuka , janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang
, -_-"

••► Tahukah kau wahai Adam ,
Apa yg ada di sebalik sekeping hati muslimah itu ?

Ketahuilah , dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu .

Dia mahukan engkau , menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu .

Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah .

Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu .

Damaikanlah ombak di hatimu ,
kerana ianya lumrah ujian . .
Yang menjadi lubuk pahala mujahadah cintamu padaNya ,
tekadkanlah janji di hati . .
"Telah kupilih JalanMu . . dan aku benar-benar yakin , cinta ini tidak akan pernah dikecewakan"

Monday, May 16, 2011

SALAM IMTIHAN


بسم الله الرحمن الرحيم




salam a'laik...
hari ni dah start exam...cmne ni??? ok..nervous2!!!
relax...istighfar byk2...kat sini HELWI nk kongsi sdkit tips menjelang exam season ni..insya Allah, sdikit sbnyk dapat membantu...(^_^)

1- Jangan tinggalkan doa & solat hajat
Kadang2 kita terlupa untuk berdoa dalam kesibukan kita berusaha. Kadang2 waktu2 mustajab doa pun kita tidak berapa peka. Contohnya selepas solat 5 waktu. Kalau boleh, lazimkan diri berdoa secara khusus untuk pelajaran dan untuk imtihan. Bukan hanya ketika hampir imtihan sahaja, tetapi setiap hari. Khususnya sebelum memulakan kuliah / pelajaran di kelas. Juga jangan lupa untuk solat hajat khusus untuk imtihan yang akan kita tempuh.

2- Bersedekah 
Antara keberkatan bersedekah adalah diluaskan rezeki oleh Allah ta'ala. Rezeki bukan berupa harta semata2 tetapi juga berupa kejayaan dalam pelajaran. Justeru, biasakan diri bersedekah sekurang2nya pada hari Jumaat bagi meraih keberkatan tersebut.

3- Lazimi membaca Al-Quran
Antara cara untuk menjernihkan hati adalah dengan zikrullah , manakala zikrullah yang paling afdhal adalah membaca Al-Quran.
Sabda Nabi s.a.w : " apabila anak adam melakukan suatu dosa, maka satu titik hitam akan melekat pada hati mereka..''.
Justeru atas kesedaran tentang betapa lemahnya kita yang seringkali terjebak dengan dosa baik secara sedar atau tidak , maka Al-Quran adalah penawar yang paling mujarab untuk menanggalkan titik2 hitam di dalam hati kita. Seeloknya, sebelum mengulangkaji atau menghafal madah, terlebih dahulu ambillah sedikit masa untuk membaca Al-Quran.

4- Hafal '' mana yang patut ''
Jangan bebankan otak kita untuk menghafal perkara2 yang ''tidak patut'', sebaliknya kenalpasti apa yang patut dihafal dan mana yang tidak. Adakala, sesetengah subjek memerlukan lebih kepada kefahaman berbanding menghafal. Sebaliknya ada juga subjek yang memerlukan lebih kepada hafalan , contohnya takrif2 istilah atau dalil2. Jika kita tidak bijak membezakan kedua perkara tersebut, dikhuatiri otak kita cepat penat seterusnya mengurangkan kualiti pembelajaran kita dan menyebabkan otak blurr .

5- Buat nota 
Sebenarnya ada benefit tertentu kepada orang2 yang gemar menulis. Perhatikan, ada orang kerjanya memang suka menulis, manakala ada orang lebih suka mendengar. Orang yang suka menulis akan menulis apa sahaja yang dia dengar atau maklumat yang dia dapat, tetapi sesetengah orang tidak begitu. Kalau dilihat dari sudut kaedah menghafaz Al-Quran, kaedah menulis ( tahriri ) ini sebenarnya sangat membantu ingatan seseorang penghafaz Al-Quran. Begitu juga dengan madah / subjek, jika kita seorang yang rajin membuat nota , meskipun kita tidak menghafal secara langsung, tetapi menulis nota itu sendiri sebenarnya merupakan satu proses hafalan secara tidak langsung kepada kita.

6- Study smart
Sememangnya cara belajar akhir waktu atau last minute bukanlah cara yang baik untuk dipraktikkan. Sebaiknya, kita telah mempunyai jadual ulangkaji yang konsisten dari awal lagi. Justeru, bila hampir ke tarikh imtihan, kita tidak perlu kalut untuk mengulangkaji kesemua bab secara 'terdesak'.

7- Kembali ikhlaskan niat
Kadang2, bila semakin lama belajar, dan bila hampir ke tarikh imtihan, minda kita terlalu 'memaksa' untuk menjadi yang terbaik dan melakukan yang terbaik. Itu bukanlah sesuatu yang negatif sebenarnya. Tetapi adakala, kita boleh terlupa tujuan kita menuntut ilmu itu sendiri. Sesungguhnya niat kita bukan hanya untuk 'menang' di atas kertas, sebaliknya kita mahu menyimpan ilmu itu benar2 di dalam dada kita. Justeru tidak akan timbul soal belajar hanya untuk imtihan dan sebagainya. Juga, kita tidak akan merasa 'down' andaikatamarkah yang diperolehi tidak seperti yang kita target.

8- Meminimakan perkara2 yang boleh melalaikan 
Jika seseorang itu benar2 mahu sukses, maka ini antara mujahadah terbesar yang perlu dilakukan. Bukan mudah sebenarnya untuk menjauhkan diri dari perkara2 yang sudah menjadi kebiasaan. Contohnya menonton filem, bermain game, melayari internet, online Facebook dan selainnya. Kecuali jika kita bijak membataskan masa, maka tidak akan menjadi masalah. Jika tidak, peratusan tumpuan kita akan terjejas. Banyak atau sikit, ia tetap akan menjejaskan. Jadi, kalau kita mampu, eloklah kita mufaraqah dari perkara2 tersebut sekurang2nya sewaktu hampir2 imtihan.

9- Doakan guru 
Antara punca keberkatan adalah keredhaan dari guru yang mengajar. Meskipun kita tidak rapat dengan pensyarah , sekurang2nya jangan tinggalkan mereka dalam setiap doa kita. Mintalah pada Allah supaya guru kita tersebut diberikan kesihatan serta kebaikan yang berpanjangan. InsyaAllah, ilmu yang kita dapat akan diberkati dan proses kita dalam menghadapi imtihan juga akan dipermudahkan oleh Allah.

10- Minta doa dari ibu bapa
Mintalah restu dari kedua ibu bapa kita dan minta mereka doakan kita supaya dipermudahkan dalam menempuhi peperiksaan. Semoga redha dari kedua mereka akan memudahkan proses pembelajaran kita dan memberi kelapangan kepada hati kita untuk menduduki imtihan yang akan datang.

*credit to Laman Ilhamku Online


DOA KETIKA MENGHADAPI KESUKARAN

اللَّهُمَّ إنِّي أعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَ الْحَزَنِ ، وَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ ، وَ الْبُخْلِ وَ الْجُبْنِ ، وَ ضَلَعِ الدِّيْنِ وَ غَلَبَةِ الرِّجَالِ
Aku berlindung pada-Mu ya Allah dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

 Akhirul kalam, selamat menghadapi peperiksaan bit-taufiq wan najah...jgn berputus asa walau apapun keputusannya nanti..semuanya TARBIAH dari Allah..wallahualam...(^_^)

Wednesday, January 12, 2011

tudung anda jarang?cubalah inner tudung ini...^_^

Friday, January 7, 2011

Cerita Teladan (Dipetik dari sumber buku Solusi Isu no.27,m/s108)


Semua Ada Dalam Al-Quran

“Semua ilmu ada dalam Al-Quran,”kata seorang ulama.

“Maksud tuan ilmu dunia juga?” balas seorang pemuda.

“Ya ilmu dunia dan akhirat.”

“Saya tidak percaya. Masakan begitu? Bagi saya mustahil kitab Al-Quran yang hanya terdiri daripada ribuan ayat itu boleh mengisi semua bentuk ilmu.”

“Berapa ayat yang diperlukan untuk memuatkan semua ilmu yang ada?”

“Wah tentulah berbilion-bilion banyaknya. Bentuk dan jenis ilmu tersangat luas.”

“Saya masih berpendapat semua asas ilmu ada dalam Al-Quran.”

“Saya tetap tidak bersetuju,”tegas si pemuda.

Ulama hanya tersenyum.Tidak puas hati,keesokan harinya, pemuda itu bertemu dengan ulama itu semula.

“Tuan masih percaya semua ilmu ada dalam Al-Quran?”

“Ya,”jawab ulama itu pasti.

“Kalau begitu,berapa banyak minyak yang boleh didapati daripada sekilogram buah kelapa sawit?”

Ulama itu diam. Pemuda itu rasa bangga kerana pada pengamatannya ulama itu akan tunduk kepada pandangannya.

“Dan jangan lupa tunjukkan nama surah dan ayatnya sekali ya..”tambah pemuda itu.

Beberapa ketika kemudian,ulama itu berkata, Ya saya tahu jawapannya. Malah saya tahu surah serta ayat yang menjawab persoalan itu. Tetapi untuk menjawabnya,mari ikut saya.”

Pemuda itu mengikut ulama tersebut menuju ke suatu tempat. “Kita nak ke mana?”

“Ikut sahajalah.”

Tidak lama kemudian mereka bertemu dengan seorang pekerja yang sedang menyelia kerja-kerja memproses buah kelapa sawit. Ulama itu bertanya,

“Tuan,boleh beritahu kami berapa banyak minyak yang kita akan dapat daripada sekilogram buah kelapa sawit?”

Penyelia itu spontan member jawapannya. Sejurus kemudian,ulama berkata kepada si pemuda, “Itulah jawapannya.”

“Eh,saya mahukan jawapan dari Al-Quran, bukan penyelia ini!” bantah pemuda itu agak marah.

“Itulah jawapan Al-Quran. Dalam Surah Al-Nahl ayat 43,Allah telah berfirman yang bermaksud, ‘Bertanyalah kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui.’ Dan kita telah pun bertanya kepada penyelia kilang kelapa sawi ini tentang soalan kamu. Inilah yang dijelaskan kaedahnya oleh Al-Quran. Dan inilah jawapan Al-Quran kepada soalan kamu itu.”

Rujuklah pada Al-Quran dan Sunnah,pasti kita takkan sesat.


mari bersantai sekejap..^_^

cuba jawab teka-teki yang ana ambil dr sahabat ana ini...selamat mencuba..(^_^)




Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
.Ape bende tu? Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab dia berani terjun..^_^


Dlm 1 pertunjukkan.. seorg ahli silap mata tlh memijak kaca dgn tpk kakinya.. ttp dia x mengalami kelukaan..lalu dia memijak paku yg brtaburan..dan x luka juga..apabila selesai persembahan dia jln
terhencut2 kerana terpijak tahi ayam...(^_~)..... ok x ... lawak x...


Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai,
sungai apa yang paling berat?
Jawapannya ialah Sungai Besi...:D...

Kereta dengan motor, mana lebih tua?
jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...

Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

Ni dia satu lagi teka teki ..huruf jawi apa yang ada angin...
huruf TA dan YA laa... kan jadi TAYAR tu

kasut apa yang paling keras?
Kasut batu..salah .. kasut BATA jawapannyer..:)

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
jawapannya ialah meter bas tulah



Template by:
Free Blog Templates