Sunday, February 22, 2009

5 PERKARA ANEH



Bismillahirrahmanirrahim...

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu telah diperintahkan Allah, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Sekiranya engkau lihat@hadapi sesuatu, maka:

1. Engkau makanlah
2. Engkau sembunyikanlah
3. Engkau terimalah
4. Jangan engkau putuskan harapannya dan
5. Larilah pula engkau daripadanya

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke baratdan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan benda pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh. Sesuatu yang mustahil yang tidak dapat aku laksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur Alhamdulillah.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu."

Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu
keluar semula dari tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil
burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas
burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai
Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi.
Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan
kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan
burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini." Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa:

1. Hal yang pertama itu diibaratkan seperti marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

2. Hal yang kedua diibaratkan seperti semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

3. Hal yang ketiga diibaratkan seperti amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

4. Hal yang keempat diibaratkan seperti semasa orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuk membantunya sedaya upaya.

5. Hal yang kelima diibaratkan seperti ghibah (menceritakan hal seseorang kpd org lain). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah


Sahabat2 sekalian, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaTkan dalam diri kita kerana kelima-limanya amat berkait rapat dalam kehidupan kita sehari-hari. Misalnya, antara perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang. Justeru, haruslah kita ingat bahawa dengan mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita. Terdapat sebuah hadis mengatakan bahawa di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Engkau berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T. "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."

*Nasihat untuk diri sendiri dan sahabat2 sekalian...Wallahua'lam...

Thursday, February 19, 2009

Bismillahirrahmanirrahim…

Kebiasaannya hari minggu adalah hari bersantai n menyiapkan assignment bagi majoriti pelajar. Tetapi berbezanya halnya dgn Biro Agama Dan Kerohanian IPIP. Hari minggu (minggu yg tidak bermalam di umah) biasanya akan diadakan aktiviti seperti gotong-royong surau, hari keluarga dan seumpamanya. Banyak manfaat yang dapat diperoleh dengan mengadakan aktiviti seperti ini seperti mencantikkan kawasan surau (pahala besar 2 kalau bersihkan rumah Allah), merapatkan ukhwah sesama ahli dan sebagainya.

Baru2 ini (hari ahd bersamaan 15 February), Biro Agama dan Kerohanian sekali lg telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan surau. Semua AJK dikehendaki berkumpul di surau pada pukul 7.30 pg. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa yg diketuai oleh Exco Agama dan Kerohanian, iaitu saudara Muhammad Firdaus B. Jamaludin. Usai bacaan doa, semua AJK bergerak ke padang hoki untuk melakukan senaman pagi. Senaman ini dilakukan secara berasingan antara AJK Muslimin dgn Muslimat. Kemudian, program diteruskan lg dengan bacaan Ma’thurat. Seperti yg kita sedia maklum, di antara amalan yang sebaik-baiknya diamalkan ialah membaca kitab Al-Ma'thurat. Kitab Al-Ma’thurat merupakan hasil karya Imam Hasan al-Banna Rahimullah yang merupakan tokoh sejarah dakwah Islam moden



Apakah kelebihan membaca Al Mathurat?

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa.

Selesai bacaan Ma’thurat, semua AJK telah dibahagikan tugas mengikut lujnah masing2. Lujnah Helwi dikehendaki membersihkan bahagian dalam surau.





Kehadiran Tuan Pengarah yang turut sama bergotong-royong telah menyemarakkan lagi semangat kami.





Selesai gotong-royong, semua AJK dijemput untuk menjamah hidangan sarapan pagi yang disediakan oleh lujnah Makanan. Hidangan pada pagi itu telah di sponsor oleh Tuan Pengarah… ;)Kemudian, sesi beramah mesra bersama Tuan Pengarah telah diadakan.



Seterusnya, aktiviti pada hari itu turut diserikan lagi dengan sambutan hari lahir AJK Biro Agama Dan Kerohanian. Majlis bersurai lebih kurang pukul 12 tengah hari.

Wednesday, February 18, 2009

SUSAH KE JADIK WANITA ISLAM???

Bismillahirrahmanirrahim...



Btol ke org ckp susah bebenor jadik wanita Islam? X leh wt yg tu lah, yg ni ah…Mcm2 peraturan…antaranya ialah:

1.Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2.Wanita perlu meminta izin suami jika nak kluar rumah tetapi lelaki tak perlu melakukan begitu.

3.Wanita menerima wasiat kurang dari lelaki.

4.Wanita perlu menanggung kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

5.Wanita wajib taat pd suami tetapi lelaki tak diwajibkan (psss: x bemakna bleh curang sesuka ati ye) taat pd isteri.


Wahai kaum hawa, pernahkah kita lihat sebaliknya??

1.Benda yg mahal harganya akan dijaga, dipelihara serta disimpan ditempat yg terbaik..sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan bersepah..Itulah bandingannya dgn seorang wanita..

2. Wanita perlu patuh pada suaminya sahaja...nescaya dia akan dijanjikan syurga... sedangkan si suami wajib patuh kepada bunya 3 kali lebih utama dr bapanya..Bknkah ibunya juga seorang wanita???

3. Wanita menerima wasiat kurang dr lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya...sedangkan si lelaki perlu menggunakannya untuk isteri dan anak2nya.


4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak...tetapi setiap saat ketika mengandung dia akan didoakan oleh segala makhluk dan malaikat...serta seluruh kejadian Allah...dan sekiranya dia meninggal sewaktu melahirkan anak...maka matinya dalam keadaan syahid.


5. Di akhirat kelak,seorang lelaki dipertanggung jawabkan terhadap 4 wanita; ibunya,isterinya,anak perempuannya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita pula tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki;suaminya,ayahnya,abangnya,dan anak lelakinya...Seorang lelaki perlu bjihad fisabilillah,tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya akan menerima pahala seperti org yg pergi berperang tanpa perlu mengangkat senjata..


Kalau nak dihitung, banyak lagi peraturan2 yg dikenakan ke atas kaum wanita… namun begitu setiap peraturan yg tlah ditetapkan oleh Allah terselit hikmah di sebaliknya…Cuma kita yg belum menyedarinya kerana terlalu berprasangka buruk terhadap Allah Yang Maha Adil…

Allah S.W.T sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita…Segala suruhan dan larangan yang Allah S.W.T kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan diri dan masyarakat serta tidak sekali-kali bertujuan untuk menyusahkan kita. Begitu Maha Pemurah Allah S.W.T kepada wanita. Maha Pengasih Allah S.W.T kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini. Tiada apa yang perlu dikeluh kesahkan kerana menjadi seorang wanita Islam…kerana apa yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita sudah terlalu banyak nikmatnya.

Wallahua’lam…

Saturday, February 14, 2009

VALENTINE- ADA APA DENGANNYA???

Bismillahirrahmanirrahim...

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai di kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda mudi, sekitar akhir tahun 1980-an seiringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut. Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV (termasuk di Malaysia) yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”.

Di samping itu, perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantic, yang mana setiap pasangan tersebut memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan “I wish u will be my valentine” atau seumpama dengannya kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pula pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Pesta perayaan Hari Kekasih ini dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral dan amat memalukan terutama sekali di kalangan masyarakat Muslim. Antaranya ialah berpasang-pasangan serta bergaul bebas sehinggakan ada segelintir daripada mereka yang mengakhiri pesta tersebut dengan seks bebas bersama pasangan masing-masing.

Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri, asal usul perayaan ini dan ada apa dengannya???Justeru, lujnah HELWI bersepakat untuk menganjurkan satu kuliah berkenaan dengan Valentine’s Day.

Tentatif Program:

Hari: Jumaat (13 February 2009)

Masa: 12.30 tengah hari

Tempat: Surau Al-Hidayah IPIP

Penceramah: Saudari Noor Rafhatina Bt. Mohd. Shuhaimi

Tajuk: Valentine – Ada Apa Dengannya

*Sebarang kemusykilan boleh diajukan kepada penceramah. Selain itu, semua Muslimat juga diminta membawa telekung untuk solat Zohor secara berjemaah.

UNTUK YANG BERGELAR NISSA'

Bismillahirrahmanirrahim...





AMARAN BUATMU NISSA',

Tidakkah kamu takut ancaman insan mulia,

Bahawa golongan kamu banyak adalah penghuni neraka,

Sembilan nafsumu sentiasa bersama,

Dan satu akalmu yang menyelamatkan jiwa...


NISSA,

Tutuplah auratmu sepanjang masa,

Tiada indahnya pandangan di mata,

Kecuali pada nafsu yang membara,

Pakaian mu hendaklah sempurna,

Tidak nipis dan mencolok mata,

Bebas najis suci sentiasa,

Azab kubur neraka selamat selamanya,

Hasanah akhirnya kau kecapi jua...

ISTIMEWANYA WANITA

Bismillahirrahmanirrahim...


Penghormatan terhadap wanita jelas terbentang dalam ajaran Islam, sehingga di dalam Al-Quran terdapat surah yang membincangkan persoalan wanita iaitu Surah An-Nisa' yang bermaksud Surah Wanita. Ini menunjukkan persoalan wanita tidak diabaikan oleh Allah. Selain itu, terdapat juga hadith-hadith yang memperkatakan tentang kelebihan dan keistimewaan wanita. Antaranya ialah,


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Demikianlah besarnya anugerah Allah S.W.T kepada para wanita yang taat akan perintah Allah, ajaran Rasulnya dan kepada suaminya.


Oleh itu, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan memperbaiki sifat buruk dalam diri yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka.


Wallahua'lam....


*Sumber rujukan daripada DIARI ISLAMIAH 1430-1431.

SAMBUTAN HARI 'ASYURA DAN MAAL HIJRAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada 8 Januari yang lalu, satu sambutan hari asyura telah diadakan bertempat di surau Al-Hidayah, IPIP. Pada hari tersebut, semua pelatih Muslim telah digalakkan untuk berpuasa sunat memandangkan kelebihan berpuasa pada hari tersebut amatlah besar sehingga diriwayatkan dalam beberapa hadith. Antaranya, “Daripada Abi Qatadah r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari ‘Asyura (yakni hari kesepuluh bulan Muharram) maka sabda Baginda S.A.W yang bermaksud, “Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” Seperti biasa, setiap lujnah dalam biro kerohanian telah diberikan tugas masing2. Lujnah HELWI telah ditugaskan untuk membuat persediaan tempat dan menyediakan laporan serta pendokumentasian.

Pada petang Khamis itu, ahli lujah makanan serta beberapa pelatih muslim telah membantu Ustazah Juwairiyah menyediakan bubur asyura dan bihun goreng. Mereka juga turut membantu Pak Cik Idris menyediakan hidangan Nasi Beriyani.

Gotong-royong menyediakan bubur 'asyura dan juadah berbuka


Bubur 'asyura yang siap dimasak dan sedia untuk dipotong

Seusai berbuka puasa dan solat maghrib, ceramah bersempena Maal Hijrah pun dimulakan. Ceramah pada malam itu diberi tajuk Hijrah Menjana Kekuatan Ummah. Majlis telah mengundang khas penceramah dari Jabatan Agama Islam Perak. Beliau ialah Al-Fadhil Haji Mohd. Azam Bin Hamzah selaku Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Perak. Banyak input yang telah diperoleh melalui ceramah yang disampaikan oleh beliau. Antaranya ialah hikmah penghijrahan Rasulullah dan pasa sahabat dari kota Mekah ke kota Madinah, kepentingan Al-Quran dan sebagainya.

Sesi ceramah

Ceramah daripada Al-Fadhil Haji Mohd Azam diakhiri dengan pelancaran tabung amal palestin yang telah dirasmikan oleh Naib Timbalan Pengarah IPIP. Kemudian, semua pelatih Muslim, para pensyarah dan tetamu yang hadir dijemput menunaikan solat Isya’ sebelum menjamah hidangan Nasi Beriyani yang disediakan. Majlis bersurai pada pukul 10 malam.

Template by:
Free Blog Templates