Tuesday, December 29, 2009

SIAPAKAH 4 GOLONGAN LELAKI ITU?

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang..


Tahukah antum?


Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat nanti akan bisa menarik 4 GOLONGAN LELAKI bersamanya ke dalam neraka.


SIAPAKAH 4 GOLONGAN LELAKI ITU??


1. AYAHNYA

Apabila seseorang yang bergelar ayah x ambil peduli akan hal anak-anak perempuannya di dunia..sebagai contoh, dia x memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya..atau dia x menegur anak perempuannya kalo mereka mendedahkan aurat, bercampur antara laki dan perempuan melebihi batas dan lain2..maka, dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


2. SUAMINYA

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya..begaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan sebagainya..even sang suami ni sorang yg alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal, tapi bila isterinya buat pekara yg dilarang n sang suami juz diam membatu..maka dia akan turut ditarik oleh isterinya..


3. ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya..tp kalo si abang hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam, maka tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak..


4. ANAK LELAKINYA

kalau seseorang anak lelaki tu x menasihati ibunya apabila ibunya membuat kemungkaran seperti suka mengumpat, dedah aurat, x solat dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak..dan dia jugak x kan telepas daripada ditarik oleh ibunya d akhirat kelak..


...........................................
...................................................................................................................................
...........................................


Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat..maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang/anak harus lah memainkan peranan mereka sebaik mungkin..bukan sedikit tanggungjawab yang mereka pikul..


dan wanita2 sekalian, kasihanilah ayah2mu, kasihanilah suami2mu, kasihanilah abang2mu dan kasihanilah anak2mu..jangan lah engkau jadi penyebab kepada mereka tidak dapat menjejaki syurga Allah..


Firman Allah S.W.T:
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU''
(At-Tahrim:6)

Wednesday, September 2, 2009

KULIAH TUJUH MINIT (KULTUM)


Bismillahirrahmanirrahim...

Salam Ramadhan buat semua sahabt2 serta umat Islam di seluruh dunia...semoga Ramadhan kali ini membawa 1001 erti dalam kehidupan seharian kita...Penuhilah aktiviti seharian kita dengan perkara2 yang bermanfaat kerana amalan yang dilakukan pada bulan ini akan dilipat gandakan ganjarannya...tp jangan lah sehingga kita menghambakan diri pada Ramadhan...tetapi lakukanlah segala amalan dengan penuh kehambaan kerana Allah S.W.T...Sebagai meraikan kedatangan Ramadhan, kami di IPG Kampus Ipoh telah mengatur pelbagai program menarik untuk semua pelatih Muslim (aktiviti penuh boleh dilihat pada main blog ini) Bagi HELWI pula, kami telah diberi mandat untuk menghandle slot KULTUM iaitu KULIAH TUJUH MINIT...

KULTUM ini diadakan selepas 4 rakaat pertama solat tarawikh...Semua jemaah dapat berehat seketika sambil mendengar kuliah ringkas sebelum menyambung semula 4 rakaat yang seterusnya...wakil penyampai KULTUM telah dipilih di kalangan muslimin manakala isi penyampaian KULTUM lebih tertumpu kepada bulan Ramadhan...Justeru, banyak info2 mengenai bulan Ramadhan dapat disampaikan kepada pelatih2 Muslim...

KULTUM juga boleh dianggap sebagai satu majlis ilmu...Sebenarnya, banyak kelebihan2 bagi sesiapa yang menghadiri majlis ilmu ketika d bulan Ramadhan...Dalam satu hadis masyhur, Rasulullah turut menerangkan kelebihan seseorang yang menuntut ilmu dalam bulan Ramadhan...

Daripada Anas Bin Malik, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada bulan Ramadan, Allah mencatat setiap langkahnya menyamai ibadat setahun dan dia bersamaku (Rasulullah) di bawah Arasy"

Justeru, bulan Ramadhan bukan saja terkenal sebagai bulan latihan, kesabaran (syahru As-Sabr) dan berkat (Syahru Barakah), malah boleh juga dianggap sebagai bulan ilmu... menghadiri kuliah juga dikira sebagai menghadiri majlis ilmu...maka, rugilah kita yang telah diberi nikmat kesihatan dan peluang untuk mengikuti majlis ilmu, tetapi tidak memanfaatkannya dengan sebaik mungkin...

semoga program KULTUM serta program2 lain yang telah dirancang sepanjang ihya' Ramadhan ini berjalan dengan lancar dan mendapat keredhaan serta keberkatan Allah S.W.T, insya Allah...

Wallahua'lam...

Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin, Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa Abu Darda’ berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kami menjadi orang berilmu. Jika tidak, jadilah orang yang mempelajari ilmu. Jika tidak, jadilah orang yang mendengar ilmu. Jangan kamu jadi golongan keempat (yang tidak termasuk dalam golongan itu). Hendaklah kamu tinggalkan perbuatan golongan keempat itu.”

Tuesday, September 1, 2009

BIDADARI BERHIAS SAMBUT RAMADHAN


Bismillahirrahmanirrahim...

Bersabda Nabi bahawa: “Syurga berlenggang-lenggang dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya Ramadan.

“Pada awal malam Ramadan bertiup angin di bawah Arasy dan bergerak daun kayu dengan lemah longlainya ke dalam syurga, terdengar desiran daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang amat indah, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani, maka berhias bidadari sekaliannya hingga berdiri di atas puncak mercu syurga itu.

“Lantas bersuaralah bidadari: “Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah.” Kata bidadari lagi: “Apakah malam ini namanya?” Jawab Malik Ridwan: “Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadan.” Lalu Allah berfirman: “Hai Ridwan, bukalah pintu syurga Babuljannah untuk orang yang berpuasa daripada umat Muhammad.

“Hai Malik Zabaniah, tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad. Hai Jibril belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka, berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali: “Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkannya.”


sumber dipetik dari: http://dakwah2u.blogspot.com

Thursday, August 13, 2009

LAPORAN PEMBENTANGAN UNIT

Bismillahirrahmanirrahim...

Asif kpd shbt2 semua...sudah lama x m'update blog ni atas keterbatasan waktu, seterusnya atas kelemahan n kekhilafan diri sndri...

Utk pengetahuan semua, Alhamdulillah Program Pembentangan Unit telah berjaya dijalankan mengikut tarikh dan hari yang dijadualkan...stakat ini 8 unit telah membentangkan tajuk masing-masing dengan jayanya...Tajuk2 yg telah dibentangkan ialah:

Seks Bebas di Kalangan Remaja: Pengaruh atau Budaya? oleh Tesl A cohort 2

Hedonisme: Apa Kata Kita? oleh Tesl B cohort 2


Peranan Guru membendung Gejala Sosial oleh G1

Gothic, Punk, Skinhead: Trend vs Ideologi oleh G2

Tujuan Hidup Manusia oleh G3

Khurafatkah Kita? oleh G7

Apa itu Pengkid? oleh H1

dan...

Kahwin Lari oleh H2

Tinggal 2 unit sahaja lagi yang blum membentangkan tajuk mereka iaitu:

Gejala Buang Anak: Apa Kesannya? oleh H3

dan...

Gejala Sosial: Apa Puncanya? oleh H8

Insya Allah, Pembentangan Unit akan dijalankan seperti biasa selepas ihya Ramadhan...Secara keseluruhannya, Alhamdulillah, sambutan yg dberikan amat menggalakkan dan mendapat respon baik dari para pelatih Muslim...berikut merupakan sdikit selayang pandang sepanjang slot Pembentangan Unit yang telah dijalankan beberapa minggu yang lepas...


Muslimat x kurang hebatnya bercakap di hadapan

Gaya yang santai

Ini lebih berbentuk Forum Perdana Ehwal Islam... ;)

antara pelatih muslimat yang hadir

Antara pelatih muslimin yang hadir

Sesi soal jawab bersama ahli panel

Syukran jazilan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dan membri kerjasama yang baik kepada HELWI dalam menjayakan program ini...tahniah juga diucapkan kepada semua unit yang telah membentangkan tajuk masing-masing dengan persediaan yang rapi dan jayanya... Insya Allah segala kelemahan akan diperbaiki dari semasa ke semasa...

Wallahua'lam...


Berbahagialah orang yang mencari ilmu kerana para malaikat mengelilingi orang yang mencari ilmu dengan membentangkan sayap mereka...
Mereka bertumpuk antara satu dengan yang lain sehingga sampai d langit dunia kerana mereka suka kepada apa yang dicari manusia itu...


Thursday, July 2, 2009

PROGRAM PEMBENTANGAN UNIT

Bismillahirrahmanirrahim...

Luqman Al-Hakim pernah berkata, “Agama dan akhlak adalah sendi ketakwaan.” Manusia mendapat pedoman untuk kehidupan dunia dan akhirat yang baik hanya dengan agama. Akhlak pula menterjemahkan pedoman itu dalam kehidupan seharian kita semua. Agama tanpa akhlak, cacatlah agama. Hidup tanpa agama, sesatlah manusia. Manusia tanpa akhlak, hinalah dirinya. Manusia tanpa akhlak dan agama, celakalah hidupnya.

Akhlak mulia penting bagi manusia. Ia mampu menumbuhkan rasa malu di dalam diri seseorang individu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan aturan Allah dan hubungan kemanusiaan. Misalnya, malu untuk mencuri, merahsuah, berzina dan sebagainya. Hal ini kerana mereka tahu bahawa setiap tindak tanduk mereka sentiasa diperhatikan Allah…

Jika dilihat pada hari ini, gejala sosial semakin sebati dalam kehidupan masyarakat khususnya di kalangan orang Islam dan remaja itu sendiri. Sukar untuk mencari jalan keluar bagi semua permasalahan ini. Namun setiap daripada kita masih mempunyai peluang untuk melakukan amal makruf nahi mungkar. Mengajak kepada kebaikan, dan mencegah kemungkaran.

Firman Allah, dalam surah Ali Imran, ayat 104, “dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang2 yang beruntung.”

Sehubungan dengan itu, HELWI telah diberi mandat untuk mengendalikan Program Pembentangan Unit yang diadakan pada setiap malam Rabu bermula 1 Julai 2009. Melalui program ini, setiap unit (Tesl, G dan H) dikehendaki membentangkan tajuk yang telah diberikan mengikut unit masing-masing dan tarikh yang telah dtetapkan. Setiap tajuk yang diberikan menyentuh isu mengenai gejala sosial. Berikut ialah jadual untuk Pembentangan Unit.


01/07/09 - TESL (A) Cohort 2 (Seks Bebas Di Kalangan Remaja: Pengaruh Atau Budaya?)
  • Definisi
  • Dalil
  • Jenis-jenis zina
  • Punca yang mendorong zina
  • Cara mengatasi

08/07/09 - TESL (B) Cohort 2 (Hedonisme: Apa Kata Kita?)
  • Definisi
  • Contoh-contoh
  • PuncaKesan kepada generasi muda
  • Peranan guru mengatasi masalah

15/01/09 - G1 (Peranan Guru Membendung Gejala Sosial)
  • Definisi
  • Gejala sosial
  • Punca
  • Kesan
  • Peranan guru membendung gejala sosial

22/07/09 - G2 (Gothic, Punk, Skinhead: Trend VS Ideologi)
  • Definisi trend dan ideology
  • Definisi gothic, punk dan skinhead
  • Sejarah kemunculan
  • Ciri-ciri
  • Punca
  • Langkah mengatasi
  • Kesimpulan (trend/ideology)

29/07/09 - G3 (Tingkatkan Kualiti Masa, Perangi Gejala Sosial)

  • Definisi
  • Dalil masa
  • Cara memanfaatkan masa

05/08/09 - G7 (Khurafatkah Kita?)

  • Definisi
  • Dalil
  • Contoh
  • Punca
  • Kesan
  • Langkah mencegah
  • Pihak yang bertanggungjawab mencegah khurafat

12/08/09 - H1 (Apa Itu Pengkid?)

  • Definisi
  • Sejarah kemunculan
  • Ciri-ciri
  • Hukum
  • Langkah mengatasi masalah
  • Pihak yang bertanggungjawab mencegah Pengkid

19/08/09 - H2 (Kahwin Lari?)

  • Definisi
  • Syarat sah kahwin
  • Syarat wajib kahwin
  • Tujuan berkahwin
  • Punca kahwin lari
  • Kesan kahwin lari
  • Langkah mengatasi kahwin lari

07/08/09 - H3 (Gejala Buang Anak: Apa Kesannya?)

  • Berita semasa
  • Punca buang anak
  • Kesan kepada anak (nasab dll)
  • Salah siapa?
  • Masa depan anak
  • Hukuman kepada pesalah

14/10/09 - H8 (Gejala Sosial: Apa Puncanya?)

  • Rakan sebaya
  • Guru
  • Ibu bapa
  • Masyarakat
  • Pemakanan (dll)
  • Kesan
  • Langkah mengatasi

SYARAT-SYARAT:

1. Setiap wakil dikehendaki membentangkan tajuk mengikut unit masing-masing dan tarikh yang telah ditetapkan.

2. Wakil perlulah merujuk kepada ustaz atau ustazah sebelum membentangkan tajuk yang telah diberikan.

3. Semasa sesi pembentangan, setiap wakil digalakkan untuk menggunakan multimedia sebagai medium seperti PP (Power Point), video dan gambar.

4. Semua wakil diminta untuk menyediakan ‘soft copy’ dan ‘hard copy’ bagi bahan-bahan pembentangan.



Diharapkan, dengan adanya program seperti ini dapat membuka mata setiap pelatih betapa gawatnya isu gejala sosial dan tidak boleh dipandang enteng oleh mana-mana pihak. Tidak tercapai hasrat bagi mewujudkan masyarakat yang adil dan sebuah negara yang aman dan makmur melainkan dengan terlebih dahulu membentuk individu-individu berteraskan Islam. Ini juga merupakan peranan penting yang perlu dititik beratkan oleh setiap pelatih yang bakal menjadi pendidik kelak. Diharapkan juga supaya semua pelatih Muslim dapat memberikan sokongan dan komitmen yang tinggi bukan sahaja bagi aktiviti yang dianjurkan oleh HELWI, tetapi juga setiap lajnah dalam Biro Agama dan Kerohanian serta mana-mana biro selagi mana ia tidak melanggar syarak dan membantu untuk menegakkan Islam agar kembali gemilang dan terbilang seperti di zaman Rasulullah dan para sahabat.

Wallahua’lam…

“Permata itu indah…tetapi manusia berakhlak mulia lebih indah daripada segala permata yang terindah” –Dato’ Dr. Haron Din

Wednesday, June 24, 2009

SEORANG GADIS ITU


Seorang gadis itu...
yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati, telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya...

seorang gadis itu...
hatinya penuh manja,
penuh kasih sayang semuanya,
cinta untuk diberi,
kasih untuk dirasa,
namun manjanya,
bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia,
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia,
begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah...

seorang gadis itu,
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini,
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap nikmatNya ...

seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya ...
bijaksana ia,
menyimpan ilmu,
si teman bicara,
dialah 'Aishah,
penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji,
seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah,
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahaya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...
bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syahid menyahut panggilan Allah .

seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara,
dengan cinta Rabbnya,
dengan rindu Rasulnya,
dengan yakin Deennya,
dengan teguh aqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah dan juga RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya ...

seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan ...

seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari,
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerana dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...

kerana seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini,
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama,
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
nikmat hakiki seorang hamba,
dari Allah yang menciptakan,
dari Allah yang mengurniakan,

seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia,
sebagai aabidah,
da'ieyah & mujahidah,
pejuang ummah,
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah,
kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma'rifatullah ...

seorang gadis itu ...
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan,
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!

Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!
amin....

Monday, April 27, 2009

MUSLIMAH IDAMAN IALAH...


Bismillahirrahmanirrahim...

muslimah idaman ialah,
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah,
yang sentiasa haus dengan ilmu,
yang sentiasa dahaga akan pahala,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah,

muslimah idaman ialah,
yang menjaga tutur katanya,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga,
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

muslimah idaman ialah,
yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya,
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
bangunnya subuh penuh kecergasan,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

muslimah idaman ialah,
yang sentiasa mengingati mati,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
kerana dia mengimpikan syurga,
di situlah rumah idamannya

Tuesday, April 21, 2009

HAWA


Bismillahirrahmanirrahim...

Khas untuk yg bergelar Hawa...

Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya ,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya ,kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya ,dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.


Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu,kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu , cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu , biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.


Hawa,

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.


Hawa ,

Ingatanku yang terakhir , biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam , kerana aku sukar menerimanya .dan aku benci mendengarnya...

Wednesday, April 15, 2009

BUSANA MUSLIMAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Seperti yang telah dirancangkan, pada 12 April 2009 yang lalu Biro Agama dan Kerohanian JPP telah berjaya menganjurkan program Busana Muslimah bertempat di Balai Islam Al-Hidayah, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ipoh. Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mat Idris Bin Zainal Abidin, pensyarah JAPIM. Pn. Wahidah Bt. Zakaria dari unit HEP dan Pn. Juariyah Bt. Tarmuji dari unit JAPIM telah dipilih sebagai hakim bagi pertandingan tersebut.

Program Busana Muslimah telah berjaya mencapai objektif iaitu:

1. Membantu para guru pelatih muslimat untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam dan terperinci tentang cara berhias dan berpakaian mengikut syarak.
2. Memberi peluang kepada guru pelatih muslimat untuk berhias dan berpakaian bersesuaian dengan profesion perguruan tetapi pada masa yang sama tidak melanggar syarak.
3. Membuka minda para guru pelatih muslimat tentang perkembangan fesyen muslimah masa kini di samping menambah ilmu serta pengalaman berharga.
4. Sebagai satu cara terbaik untuk merapatkan hubungan dan ukhwah antara pelatih muslimat yang berlainan opsyen dan umur.

Di samping itu, program ini turut mendapat sokongan penuh daripada pelatih. Setiap kelas telah menghantar seorang wakil untuk menyertai pertandingan ini. Antara syarat penyertaan yang dititik beratkan dalam pertandingan ini ialah setiap peserta wajib menutup aurat mereka dari kepala hingga ke kaki kecuali muka dan tapak tangan. Justeru, peserta diwajibkan memakai anak tudung, sarung kaki dan handsock (stoking tangan). Di samping itu, para pelatih juga tidak ketinggalan untuk memberikan respons masing-masing. Kebanyakan mereka mencadangkan agar Busana Muslimah dapat dijadikan sebagai acara tahunan.


Persiapan sebelum program


Majlis diberkati lagi dengan bacaan Al-Quran beserta tafsir


Antara pensyarah yang hadir



Thursday, April 9, 2009

BUSANA MUSLIMAH

Bismillahirrahmanirrahim....



Arus perdana hari ini menyaksikan pelbagai fesyen untuk wanita bermula dari aksesori hinggalah pakaian yang direka untuk memenuhi tuntutan semasa dan kemasukan fesyen-fesyen pakaian dari barat sedikit sebanyak memberi pengaruh yang kurang baik kepada para muslimat. Islam tidak pernah menghalang wanita untuk berhias, sesuai dengan tuntutan sifat kewanitaan dan kecenderungan fitrah wanita sendiri yang suka berhias tetapi dengan syarat tidak bleh berhias secara berlebih-lebihan (tabaruj) sehingga dapat menarik perhatian kaum Adam sehingga membangkitkan syahwat. Allah S.W.T telah beriman:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan, kecuali yang (biasa) Nampak daripadanya. Dan hendaklah menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyi. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31)

Sehubungan dengan itu, HELWI bertanggungjawab untuk meningkatkan kefahaman di kalangan pelatih Muslim tentang cara berhias dengan betul dan mengikut syarak melalui program BUSANA MUSLIMAH. Di samping itu, program ini juga dapat membuka peluang kepada para pelatih muslimat di IPIP untuk berhias dan berpakaian bersesuaian dengan profesion keguruan tetapi pada masa yang sama tidak melanggar syarak. Pertandingan ini mempunyai tema iaitu ‘Anggun Muslimah’ yang menjurus kepada etika pemakaian seorang guru yang berlandaskan Islam.


Tarikh : 12 April 2009 (Ahad)

Tempat : Balai Islam Nurul Hidayah, IPGM kampus Ipoh

Tema: Anggun Muslimah



Syarat penyertaan pertandingan BUSANA MUSLIMAH peringkat institut adalah seperti :

1. Pertandingan terbuka kepada semua guru pelatih muslimat unit OUM, TESL, Unit E, Unit F, Unit G dan Unit H.

2. Pertandingan dijalankan dalam bentuk kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada pelatih muslimat mengikut setiap kelas. (wajib setiap kelas menghantar seorang wakil sahaja)

3. Seorang daripada kumpulan tersebut akan menjadi peserta dan ahli kumpulan yang lain akan menghias peserta tersebut.

4. Markah lebih akan diberikan kepada kumpulan yang mempunyai kerjasama yang mantap.

5. Para peserta haruslah berada 30 minit lebih awal di Balai Islam Nur Hidayah daripada masa yang ditetapkan untuk memulakan pertandingan.

6. Setiap kumpulan hendaklah membayar RM5 bagi tujuan pengurusan.

7. Penyertaan hendaklah diserahkan selewat-lewatnya 10 April 2009.

Template by:
Free Blog Templates