Tuesday, November 18, 2008

KULIAH JUMAAT


Kuliah Jumaat merupakan program pengisian rohani yang tetap yang diadakan oleh Helwi. Pengisian ini diadakan setiap 2x sebulan. Semua pelatih muslimat IPIP dowajibkan menghadiri kuliah ini. Kuliah ini disampaikan oleh pensyarah dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM ). Program ini dijalankan ketika semua pelatih muslimin menunaikan solat Jumaat di masjid yang berdekatan dengan institut. Tajuk-tajuk yang akan disampaikan oleh pensyarah dari JAPIM ditetapkan oleh ajk Helwi, di mana tajuk tersebut adalah bersesuaian dengan waqi' semasa pelatih muslimat di IPIP. Berikut merupakan perjalanan program :
masa : 12.30-2.30 petang

Tempat : Surau al-hidayah

Program ini dapat memberi banyak manfaat kepada pelatih muslimat. Melalui program ini, pelatih muslimat mendapat ilmu pengetahuan agama secara langsung yang disampaikan oleh ustazah. Sesi soal jawab yang diadakan dapat membantu lagi mereka memahami ilmu agama secara mendalam terutamanya berkaitan Fiqh Wanita.

Di samping itu, melalui program pengisian ini juga dapat mengeratkan ukhwah di antara pelatih muslimat. Mereka dapat mengenali di antara 'junior' dan 'senior'. Dengan berkumpul ramai-ramai inilah kami dapat berjumpa dan berkenalan di antara satu sama lain.

Dengan berkat kerjasama dari semua pihak, Kuliah Jumaat ini insya Allah akan diteruskan dan menjadi program rutin di Institut Perguruan Ipoh.


PENGENALAN



HELWI atau dikenali juga sebagai lujnah Hal Ehwal Wanita Islam merupakan salah satu lujnah yang terdapat dalam Biro Agama Kerohanian di Institut Perguruan Ipoh Perak. Ahli jawatankuasanya terdiri daripada ajk muslimat Biro Agama dan Kerohanian. Antara portfolio lujnah Helwi adalah :

i) HELWI sebagai tempat rujukan kepada pelatih muslimat

- kaunseling
- kebajikan hal ehwal pelatih muslimat

ii) Menguruskan kuliah Helwi

iii) Menganjurkan program tautan ukhwah dan kefahaman

iv) Bekerjasama dengan lujnah Kesenian dan Kebudayaan Islam untuk menganjurkan aktiviti kepada pelatih muslimat terutamanya di IPIP.






Template by:
Free Blog Templates