Thursday, July 2, 2009

PROGRAM PEMBENTANGAN UNIT

Bismillahirrahmanirrahim...

Luqman Al-Hakim pernah berkata, “Agama dan akhlak adalah sendi ketakwaan.” Manusia mendapat pedoman untuk kehidupan dunia dan akhirat yang baik hanya dengan agama. Akhlak pula menterjemahkan pedoman itu dalam kehidupan seharian kita semua. Agama tanpa akhlak, cacatlah agama. Hidup tanpa agama, sesatlah manusia. Manusia tanpa akhlak, hinalah dirinya. Manusia tanpa akhlak dan agama, celakalah hidupnya.

Akhlak mulia penting bagi manusia. Ia mampu menumbuhkan rasa malu di dalam diri seseorang individu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan aturan Allah dan hubungan kemanusiaan. Misalnya, malu untuk mencuri, merahsuah, berzina dan sebagainya. Hal ini kerana mereka tahu bahawa setiap tindak tanduk mereka sentiasa diperhatikan Allah…

Jika dilihat pada hari ini, gejala sosial semakin sebati dalam kehidupan masyarakat khususnya di kalangan orang Islam dan remaja itu sendiri. Sukar untuk mencari jalan keluar bagi semua permasalahan ini. Namun setiap daripada kita masih mempunyai peluang untuk melakukan amal makruf nahi mungkar. Mengajak kepada kebaikan, dan mencegah kemungkaran.

Firman Allah, dalam surah Ali Imran, ayat 104, “dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang2 yang beruntung.”

Sehubungan dengan itu, HELWI telah diberi mandat untuk mengendalikan Program Pembentangan Unit yang diadakan pada setiap malam Rabu bermula 1 Julai 2009. Melalui program ini, setiap unit (Tesl, G dan H) dikehendaki membentangkan tajuk yang telah diberikan mengikut unit masing-masing dan tarikh yang telah dtetapkan. Setiap tajuk yang diberikan menyentuh isu mengenai gejala sosial. Berikut ialah jadual untuk Pembentangan Unit.


01/07/09 - TESL (A) Cohort 2 (Seks Bebas Di Kalangan Remaja: Pengaruh Atau Budaya?)
  • Definisi
  • Dalil
  • Jenis-jenis zina
  • Punca yang mendorong zina
  • Cara mengatasi

08/07/09 - TESL (B) Cohort 2 (Hedonisme: Apa Kata Kita?)
  • Definisi
  • Contoh-contoh
  • PuncaKesan kepada generasi muda
  • Peranan guru mengatasi masalah

15/01/09 - G1 (Peranan Guru Membendung Gejala Sosial)
  • Definisi
  • Gejala sosial
  • Punca
  • Kesan
  • Peranan guru membendung gejala sosial

22/07/09 - G2 (Gothic, Punk, Skinhead: Trend VS Ideologi)
  • Definisi trend dan ideology
  • Definisi gothic, punk dan skinhead
  • Sejarah kemunculan
  • Ciri-ciri
  • Punca
  • Langkah mengatasi
  • Kesimpulan (trend/ideology)

29/07/09 - G3 (Tingkatkan Kualiti Masa, Perangi Gejala Sosial)

  • Definisi
  • Dalil masa
  • Cara memanfaatkan masa

05/08/09 - G7 (Khurafatkah Kita?)

  • Definisi
  • Dalil
  • Contoh
  • Punca
  • Kesan
  • Langkah mencegah
  • Pihak yang bertanggungjawab mencegah khurafat

12/08/09 - H1 (Apa Itu Pengkid?)

  • Definisi
  • Sejarah kemunculan
  • Ciri-ciri
  • Hukum
  • Langkah mengatasi masalah
  • Pihak yang bertanggungjawab mencegah Pengkid

19/08/09 - H2 (Kahwin Lari?)

  • Definisi
  • Syarat sah kahwin
  • Syarat wajib kahwin
  • Tujuan berkahwin
  • Punca kahwin lari
  • Kesan kahwin lari
  • Langkah mengatasi kahwin lari

07/08/09 - H3 (Gejala Buang Anak: Apa Kesannya?)

  • Berita semasa
  • Punca buang anak
  • Kesan kepada anak (nasab dll)
  • Salah siapa?
  • Masa depan anak
  • Hukuman kepada pesalah

14/10/09 - H8 (Gejala Sosial: Apa Puncanya?)

  • Rakan sebaya
  • Guru
  • Ibu bapa
  • Masyarakat
  • Pemakanan (dll)
  • Kesan
  • Langkah mengatasi

SYARAT-SYARAT:

1. Setiap wakil dikehendaki membentangkan tajuk mengikut unit masing-masing dan tarikh yang telah ditetapkan.

2. Wakil perlulah merujuk kepada ustaz atau ustazah sebelum membentangkan tajuk yang telah diberikan.

3. Semasa sesi pembentangan, setiap wakil digalakkan untuk menggunakan multimedia sebagai medium seperti PP (Power Point), video dan gambar.

4. Semua wakil diminta untuk menyediakan ‘soft copy’ dan ‘hard copy’ bagi bahan-bahan pembentangan.



Diharapkan, dengan adanya program seperti ini dapat membuka mata setiap pelatih betapa gawatnya isu gejala sosial dan tidak boleh dipandang enteng oleh mana-mana pihak. Tidak tercapai hasrat bagi mewujudkan masyarakat yang adil dan sebuah negara yang aman dan makmur melainkan dengan terlebih dahulu membentuk individu-individu berteraskan Islam. Ini juga merupakan peranan penting yang perlu dititik beratkan oleh setiap pelatih yang bakal menjadi pendidik kelak. Diharapkan juga supaya semua pelatih Muslim dapat memberikan sokongan dan komitmen yang tinggi bukan sahaja bagi aktiviti yang dianjurkan oleh HELWI, tetapi juga setiap lajnah dalam Biro Agama dan Kerohanian serta mana-mana biro selagi mana ia tidak melanggar syarak dan membantu untuk menegakkan Islam agar kembali gemilang dan terbilang seperti di zaman Rasulullah dan para sahabat.

Wallahua’lam…

“Permata itu indah…tetapi manusia berakhlak mulia lebih indah daripada segala permata yang terindah” –Dato’ Dr. Haron Din

Template by:
Free Blog Templates