Wednesday, April 15, 2009

BUSANA MUSLIMAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Seperti yang telah dirancangkan, pada 12 April 2009 yang lalu Biro Agama dan Kerohanian JPP telah berjaya menganjurkan program Busana Muslimah bertempat di Balai Islam Al-Hidayah, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ipoh. Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mat Idris Bin Zainal Abidin, pensyarah JAPIM. Pn. Wahidah Bt. Zakaria dari unit HEP dan Pn. Juariyah Bt. Tarmuji dari unit JAPIM telah dipilih sebagai hakim bagi pertandingan tersebut.

Program Busana Muslimah telah berjaya mencapai objektif iaitu:

1. Membantu para guru pelatih muslimat untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam dan terperinci tentang cara berhias dan berpakaian mengikut syarak.
2. Memberi peluang kepada guru pelatih muslimat untuk berhias dan berpakaian bersesuaian dengan profesion perguruan tetapi pada masa yang sama tidak melanggar syarak.
3. Membuka minda para guru pelatih muslimat tentang perkembangan fesyen muslimah masa kini di samping menambah ilmu serta pengalaman berharga.
4. Sebagai satu cara terbaik untuk merapatkan hubungan dan ukhwah antara pelatih muslimat yang berlainan opsyen dan umur.

Di samping itu, program ini turut mendapat sokongan penuh daripada pelatih. Setiap kelas telah menghantar seorang wakil untuk menyertai pertandingan ini. Antara syarat penyertaan yang dititik beratkan dalam pertandingan ini ialah setiap peserta wajib menutup aurat mereka dari kepala hingga ke kaki kecuali muka dan tapak tangan. Justeru, peserta diwajibkan memakai anak tudung, sarung kaki dan handsock (stoking tangan). Di samping itu, para pelatih juga tidak ketinggalan untuk memberikan respons masing-masing. Kebanyakan mereka mencadangkan agar Busana Muslimah dapat dijadikan sebagai acara tahunan.


Persiapan sebelum program


Majlis diberkati lagi dengan bacaan Al-Quran beserta tafsir


Antara pensyarah yang hadir



0 comments:


Template by:
Free Blog Templates