Thursday, April 9, 2009

BUSANA MUSLIMAH

Bismillahirrahmanirrahim....



Arus perdana hari ini menyaksikan pelbagai fesyen untuk wanita bermula dari aksesori hinggalah pakaian yang direka untuk memenuhi tuntutan semasa dan kemasukan fesyen-fesyen pakaian dari barat sedikit sebanyak memberi pengaruh yang kurang baik kepada para muslimat. Islam tidak pernah menghalang wanita untuk berhias, sesuai dengan tuntutan sifat kewanitaan dan kecenderungan fitrah wanita sendiri yang suka berhias tetapi dengan syarat tidak bleh berhias secara berlebih-lebihan (tabaruj) sehingga dapat menarik perhatian kaum Adam sehingga membangkitkan syahwat. Allah S.W.T telah beriman:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan, kecuali yang (biasa) Nampak daripadanya. Dan hendaklah menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyi. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31)

Sehubungan dengan itu, HELWI bertanggungjawab untuk meningkatkan kefahaman di kalangan pelatih Muslim tentang cara berhias dengan betul dan mengikut syarak melalui program BUSANA MUSLIMAH. Di samping itu, program ini juga dapat membuka peluang kepada para pelatih muslimat di IPIP untuk berhias dan berpakaian bersesuaian dengan profesion keguruan tetapi pada masa yang sama tidak melanggar syarak. Pertandingan ini mempunyai tema iaitu ‘Anggun Muslimah’ yang menjurus kepada etika pemakaian seorang guru yang berlandaskan Islam.


Tarikh : 12 April 2009 (Ahad)

Tempat : Balai Islam Nurul Hidayah, IPGM kampus Ipoh

Tema: Anggun Muslimah



Syarat penyertaan pertandingan BUSANA MUSLIMAH peringkat institut adalah seperti :

1. Pertandingan terbuka kepada semua guru pelatih muslimat unit OUM, TESL, Unit E, Unit F, Unit G dan Unit H.

2. Pertandingan dijalankan dalam bentuk kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada pelatih muslimat mengikut setiap kelas. (wajib setiap kelas menghantar seorang wakil sahaja)

3. Seorang daripada kumpulan tersebut akan menjadi peserta dan ahli kumpulan yang lain akan menghias peserta tersebut.

4. Markah lebih akan diberikan kepada kumpulan yang mempunyai kerjasama yang mantap.

5. Para peserta haruslah berada 30 minit lebih awal di Balai Islam Nur Hidayah daripada masa yang ditetapkan untuk memulakan pertandingan.

6. Setiap kumpulan hendaklah membayar RM5 bagi tujuan pengurusan.

7. Penyertaan hendaklah diserahkan selewat-lewatnya 10 April 2009.

2 comments:

Dx said...

salam,boleh bertanya mengapa tiada gambar?
cume pastikan gambar tersebut tidak menyalahi objektif BUSANA MUSLIMAH

sebagai contoh gambar sambutan pada hari itu ,
just cadangan

charkoeyteow girl said...

salam...
syukran 4 cadangan...
erm..
sebenarnya yg sy post tu bru iklan...
insya Allah pasni sy akan postkan laporannya plak..
asif ye...
lambat post laporan 2...
almaklum la...
tenet prob...

Template by:
Free Blog Templates