Saturday, February 14, 2009

VALENTINE- ADA APA DENGANNYA???

Bismillahirrahmanirrahim...

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai di kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda mudi, sekitar akhir tahun 1980-an seiringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut. Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV (termasuk di Malaysia) yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”.

Di samping itu, perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantic, yang mana setiap pasangan tersebut memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan “I wish u will be my valentine” atau seumpama dengannya kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pula pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Pesta perayaan Hari Kekasih ini dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral dan amat memalukan terutama sekali di kalangan masyarakat Muslim. Antaranya ialah berpasang-pasangan serta bergaul bebas sehinggakan ada segelintir daripada mereka yang mengakhiri pesta tersebut dengan seks bebas bersama pasangan masing-masing.

Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri, asal usul perayaan ini dan ada apa dengannya???Justeru, lujnah HELWI bersepakat untuk menganjurkan satu kuliah berkenaan dengan Valentine’s Day.

Tentatif Program:

Hari: Jumaat (13 February 2009)

Masa: 12.30 tengah hari

Tempat: Surau Al-Hidayah IPIP

Penceramah: Saudari Noor Rafhatina Bt. Mohd. Shuhaimi

Tajuk: Valentine – Ada Apa Dengannya

*Sebarang kemusykilan boleh diajukan kepada penceramah. Selain itu, semua Muslimat juga diminta membawa telekung untuk solat Zohor secara berjemaah.

0 comments:


Template by:
Free Blog Templates