Saturday, February 14, 2009

SAMBUTAN HARI 'ASYURA DAN MAAL HIJRAH

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada 8 Januari yang lalu, satu sambutan hari asyura telah diadakan bertempat di surau Al-Hidayah, IPIP. Pada hari tersebut, semua pelatih Muslim telah digalakkan untuk berpuasa sunat memandangkan kelebihan berpuasa pada hari tersebut amatlah besar sehingga diriwayatkan dalam beberapa hadith. Antaranya, “Daripada Abi Qatadah r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari ‘Asyura (yakni hari kesepuluh bulan Muharram) maka sabda Baginda S.A.W yang bermaksud, “Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” Seperti biasa, setiap lujnah dalam biro kerohanian telah diberikan tugas masing2. Lujnah HELWI telah ditugaskan untuk membuat persediaan tempat dan menyediakan laporan serta pendokumentasian.

Pada petang Khamis itu, ahli lujah makanan serta beberapa pelatih muslim telah membantu Ustazah Juwairiyah menyediakan bubur asyura dan bihun goreng. Mereka juga turut membantu Pak Cik Idris menyediakan hidangan Nasi Beriyani.

Gotong-royong menyediakan bubur 'asyura dan juadah berbuka


Bubur 'asyura yang siap dimasak dan sedia untuk dipotong

Seusai berbuka puasa dan solat maghrib, ceramah bersempena Maal Hijrah pun dimulakan. Ceramah pada malam itu diberi tajuk Hijrah Menjana Kekuatan Ummah. Majlis telah mengundang khas penceramah dari Jabatan Agama Islam Perak. Beliau ialah Al-Fadhil Haji Mohd. Azam Bin Hamzah selaku Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Perak. Banyak input yang telah diperoleh melalui ceramah yang disampaikan oleh beliau. Antaranya ialah hikmah penghijrahan Rasulullah dan pasa sahabat dari kota Mekah ke kota Madinah, kepentingan Al-Quran dan sebagainya.

Sesi ceramah

Ceramah daripada Al-Fadhil Haji Mohd Azam diakhiri dengan pelancaran tabung amal palestin yang telah dirasmikan oleh Naib Timbalan Pengarah IPIP. Kemudian, semua pelatih Muslim, para pensyarah dan tetamu yang hadir dijemput menunaikan solat Isya’ sebelum menjamah hidangan Nasi Beriyani yang disediakan. Majlis bersurai pada pukul 10 malam.

0 comments:


Template by:
Free Blog Templates